Sunday, 25 November 2012
Permulaan sesuatu pengorbanan....
assalammualaikum...
lama x berkirim kabar kat blog nie...sepi menyepi dengan kerja...
masa belajar byk masa free...tapi bila dah keje...kepenatan nombor satu...
hujung minggu merupakan hari rehat untuk org2 yang bekerja... baru tahu...
berubah dari status student ke status orng bekerja...sepertinya mimpi yang datang tanpa sempat kita tepis...tapi untuk mencari sesuatu perubahan kita perlukan sesuatu pengorbanan yang perlu kita lakukan...dalam rela dan paksa.... alhamdullillah after pi interview spp ari tu bulan 3/2012.. dengan doa yang mengiringi alhamdullillah penantian dua bulan akhirnya diawal bulan 5/2012 keputusan interview kluar...syurur lulus interview... walaupun x mengharapkan tapi...tetap bersyukur...masa tu x terpikir apa2 pun...hati msih berblah bahagi nak terima atau tidak...tapi mengenangkan kerja yang baik...n ada jaminan... aku terima dengan hati y sgt berbelah bahagi..kerana aku masih student uitm lgi...student tahun akhir...lagi 2 semester aku akan mendapat segulung diploma bersama-sama rakan seperjuanganku yang lain.... tapi pengorbanan harus dibuat untuk masa depan yang lebih terjamin...sedang kawan2 memasuki semester baru aku berjuang uintuk mendapat kan cuti khas belajar...aku menagguhkan 1 semester.. now alhamdullillah semua urusan sudah selesai... aku cuma mengunggu untuk menamatkan pengajian ku dari belajar sepenuh masa ke belajar jarak jauh... bulan 12/2012 ini akan penuh mencabar.... semoga pengorbanan ini akan diberkati oleh ALLAH S.W.T.... i hope i can get flying colours in the ends... FRIENDS BM112 uitm larkin good luck ok..... remember ours memories always....
kata2 dari abang raja shamri yang kita perlu kenang....
For every pain, difficulties and barriers that come to us ... we always have two choice ... whether to take it as a challenge and move forward or to take it as a painful events that will pull us down ...
I didnt realize what it is all about at that time ... but now i i know that ... I GROW STRONGER AND ACHIEVING A LOT MORE BECAUSE OF THAT EVENTS ;)
Come on everybody ... maafkan semua orang yang buat silap dengan kita ... hidup gembira dengan move forward and stay strong !!
Saturday, 29 September 2012
SUMPAHAN IBLIS TERHADAP WANITA
sahabat sekalian..sekadar coretan untuk pengetahuan....
JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP WANITA..
Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...
wahai wanita-wanita islam berhati-hatilah jangan mudah terpedaya dengan hasutan iblis.... semoga hidup kita akan lebih diberkati...insyaallah.... perbaiki diri ke arah yang lebih baik...sama-samalah kita amalkan.....
Monday, 17 September 2012
CARA MENUNAIKAN SOLAT ISTIKHARAH
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
10 Petanda Die Jodoh Kita....
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Sunday, 16 September 2012
RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4) Membaca doa Istikharah
"Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:
![]() |
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
Saturday, 21 July 2012
RaMaDhAn DaTaNg LaGi....
Assalammualaikum....
bulan yang dinanti-nnty datang lagi....syukur alhamdullillah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan lagi tahun ni...semoga ibadah yang kita kerjakan akan mendapat barakah... sempena bulan baik , bulan yang penuh barakah ini dapat memberi impak yang baik kepada diri kita... jadikan lah bulan ramdhan ini sebagai pengukur dimana tahap iman kita selama ini... mana2 amalan yang ditinggalkan perbaiklah dibulan ini... semoga amalan kita sepanjang bulan brakah ini akan menjadi amalan kita sepanjang hayat... sehingga hembusan nafas terakhir kita..

HuKuM mEmAkAi TuMiT tInGgI
http://www.youtube.com/watch?v=HH4Gi_qzA8w
haram bila memakai kasut tumit tinggi yang berbunyi...
kerana ia akan menarik perhatian org lain.....:))
haram bila memakai kasut tumit tinggi yang berbunyi...
kerana ia akan menarik perhatian org lain.....:))
Monday, 30 April 2012
PaTaHnYa SaYaP mAlAm..
Ku cari cahaya dalam kegelutan warna
Sewaktu malam resah mengibarkan sayapnya
Ku temui dia bayang malam yang terluka
Pesona cintaku pun terbakar
Dan puisi cinta tertumpah tintanya berdarah
Tersingkir dari titian makna yang setia
Tercalar purnama turut sama menjadi kan saksi
Luka cinta ku yang tak berhenti
Malam yang ku dakap mengerikan mimpi
Malam yang ku dakap telah dinodai
Harumnya bunga cinta dibasahi hujan
Sebaknya di hati ku tangisan
Kusimpan kenangan bersama malam kecundang
Patah sayapnya kehampaan
Begitulah aku kau tersiar di pandangan mata
Setelah kian lama dalam dakapan cinta
Patahlah sayapnya malam yang penuh dengan sengsara
Bagai diriku yang kau perdaya
best lagu nie....
love u alls

Saturday, 28 April 2012
JUMAAT YANG BARAKAH
Assalamualaikum....
salam jumaat..... hari nie kepeutusan keluar,...
syukur sangat dapat baiki result yang lepas....
insyaallah untuk semester akan datang akan lebih baik...
lagi 2 semester je nak abis diploma nie....
moga apa yang diharapkan dan diusahakan berjaya...
amin...:)
dapat idea tiba2....
terimalah...
siapa kita
siapa kita kalau tiada ibu bapa kita
siapa kita kalau kita x berpegang teguh dengan ajaran agama kita
siapa kita kalau tiada teman-teman di belakang kita
siapa kita untuk menolak apa kata orang pada kita
siapa kita tanpa mereka...

Friday, 13 April 2012
PhOtOsHoP
Assalammualaikum.....
Sekarang nie ina tgh cuti semester yang panjang sehingga bulan 6...
seronoknye...jangan jeles yer kawan2..... semalam jumpa sofwafe photoshop y eina download dr laman web ini yang eina jmpa dilaman blog salah seorang blogger...hehhehehe ha nie lah link nyer....selamat mendownload yer..... http://www.mediafire.com/?q4udra14w979ywi
hehehe nk tunjuk lah hasil nye....
taraaaaaaaaaaaa.............
ha nie gambar asal....pastu jd cam gambar bawah nie..........
hehehe lawa x?????
Wednesday, 28 March 2012
HARI-HARI FINAL KU
assalammualaikum......
ni lah buku nye...... business communication ( MGT 269)
nie pulak tulisan aq y lawa sangat tuuuuuuuu....hahahhahaa
sedang berperang sama buku2..... pejam pelik pejam pelik dah waktu exam.... cepat betul masa berlalu..... sekarang exam...ok....exam timeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....... sekarang nie tgh study business communication.... korang ada ambik x???? hehehehehe....untuk diploma business study n banking pasti punya ambik....hehehehhee.... get ready lah korang untuk banyak kerja...hehhehehe......dah lah aq nie fail bab tulis menulis dah lah tulisan tu cantikkkkkk sangt.... tu satu hal...lagi satu aq nie bab karang mengarang pun fail jugak.... tapi pape pun wish me luck ok..... semoga aq diberi idea untuk menulis nanti... and ingt apa y aq dah baca n study....ok??? doakan ok???? nak ckp tq dulu....hehehhehee...
aq study sambil melihat pemandangan kampung aman...... peeeeeeeeeewiiiiiiiitttttttttttt.... ewahhhhh......huhuhuuhu....
bersepah betul.....
gambar (1)
peralatan
ha cube teka apa perbezaan dgan gambar (1)?????
nie pulak tulisan aq y lawa sangat tuuuuuuuu....hahahhahaa
lawa kan?????
k lah tu je...huuuuu next time baca lagi.... ha last paper 29 mac 2012..... mau balik rumah yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!
Monday, 27 February 2012
SHOOTING DAY
Hai.. ni hao ma????

ingt org biase x leh ada shooting day ke??? blh lahh....
nie video assignment je bkn nak difilemkan pun...hehhehehe.... 2 hari je kita org punya rakaman n edit... sebenarnye baru siap mengedit video nie... dengan bangga nye...hhahahahha.... nak kongsi gambar ngan korang semua....
ini saya
saya dan azie
giha dan atul
gengster kampung aman
sedang menunggu mangsa
babak shooting kami
azie ngurat burung hahhaha
saje nak jugak
giha bajet comel gambar ngan burung
urut jgan x urut
burung ecemmmmm
isshhh asyik dengan burung je
burung pandang lh camera tu
burung said...tepi lah....hahaha
bergambar dengan camera girl
tanduk sye hilang sebelah....:(
takut nak pegang ular betul...
ngan ular buatan pun ok lah
di bawah cendawan besar
pose ala2 artis gitu
nyam2 makan time!!!!!
makan chieken chop...jgn jeles....
hutan bandar chieken chop...sedap
jemput makan!!!!!
orang belanje...ermmm seronoknya....hehhehehe
Thursday, 16 February 2012
PENJARA KLUANG
ACTION POSING IN BUS

AIZA NAZHATUL SHIMA BT ABD AZIZ( ATUL)

ATUL & ME

SITI NAJIHAH BT NAWAI(GHA)

OURS

ME & GHA
HA YANG NIE LAK KAT DEWAN CERAMAH TU.... GAMBAR MASE DAH ABIS CERAMAH...

PUAN ALIZAH N ENCIK POLIS....
YANG NIE PULAK HASIL KERJA BANTUAN TERSEBUT

POSING DLM GELERI KRAFTANGAN BANDUAN

MAKAN TIME!!!!

ANTARA MUKA2 LAPAR!!!!! MENU AYAM MASAK LEMAK, NASI PUTIH , SAYUR, N AIR SIRAP... DESSERT BUAH LIMAU MANDARIN.

PAS MAKAN PE GI BALIK LAH KAMI.....
Thursday, 2 February 2012
MY MOCK MEETING
ASSALAMMUALAIKUM...
lamanye x update blogger.... buzy sangat... ha ari nie 1/2/12 ari nie ada mock meeting untuk subject biss communication.... arrrr lega sangat dah lepas.... pas nie just focus on my test n my interview..uhuuhu.. minggu nie nak balik umah yes...cuti smpai ari selasa la beb.... hhuhuuhu....... tapi kene study lak....10 aribulan nie apa test fin derrr.... arrrrrrrr x sbar nak cuti bulan 4 nanty.....uhuhuhhu..... semalam ke penjara kluang..... errmmm nnty i update gambar k.... da...
ALLAH HAFIZ..

Saturday, 14 January 2012
OTAK BEKU
hai semua selamat petang...
setelah beberapa minggu tak update status... sekarang nie sesangat lah buzy... xianzai wo hen mang.... ceh speeking cina lah plak...uhuhhhu..... test yang hampeh.... arrrrrrr baca pun x masuk2... haangin jer...penat bersengkang mata.... bila dapat soalan... semua lupa... jawapan tah apa2 je... ya ALLAH kuatkan lah ingatan ku.... dah lah sem nie semua subjek membaca... pe hantu tul lah....jawab eco tadi cam apa... benci nye.... otak aq x berfungsi untuk ingt ....ha selasa malam lak ada test law... peh lgi seram.... takut je x dapat jawab.... ya ALLAH permudahkan lah setiap urusan ku serta kuat kan lah ingtan ku.... amin....k lah... da... ALLAH HAFIZ

Tuesday, 3 January 2012
Hari-hari ku di KAMPUS
Assalammualaikum.... selamat petang semua.... x leh ckp selamat malam...coz belum nak tidur lagi...hehheehe.....
hari nie first day pi kelas... kelas pagi cancel..... hehheehe... wa terus smbung tidur... hhehehe... kelas kul 12 n kul 2.... then leh rest pas tu... hehehehe.... makan petang then llalalalala.... ari nie kelas best sesangat... x stress pun.... kelas sesangat lah santai.... hehhehe.... puan su citer pasal kawin... kelas mandarin lak... laoshi ajar nyanyi lagi tahun baru cina.... gongxi... ha lagi satu ada sorang mamat nie die nak bkenalan ngan aq.. ye ke??? dan2 je.... tah2 ada y nak kene kan aq... erm sapa kah die... ermmm aq doa die terkantoi jugak identity die dalam masa terdekat nie.....

Monday, 2 January 2012
Balik kampus....
Assalammualaikum.... selamat pagi semua...
ari nie nak kene balik kampus dah... aduyai.... malas nye.... tiket bas ku 4 petang naik bas orkid.... leh x nak postpone balik???? barang lagi cikit g nak packing... punya lah banyak... sapa nak tolong angkat beg sye tu????? tolong lah... berat lah.... hhehehe.... doakan sye selamat sampai k.... oh selamat tahun baru untuk semua.......

Labels:
:(:)
Location:
Kluang, Johor, Malaysia
Sunday, 1 January 2012
Alhamdullillah....
Assalammualaikum semua...selamat malam....
baru je siap kemas barang... arrr letih nye.... sat lagi nak study lak.... penat sesangat ye.... macam nak tertanggal kaki nie.... rehat jab... then sambung study.. ye ke study??? hehehee.... erm tu je lah x mau ckp bebanyak... da... ALLAH HAFIZ..:)

Yehhhhhhh baju baru....
Assalammualaikum.... selamat petang.....
Hari nie punya aktiviti ialah beli baju sekolah...untuk sapa??? mesti lah untuk .....adik sye y gemuk tu..... hahhahaha... sesaje je nak panggil die gemuk....suruh die kurus....hehheh paku dulang paku sepih.. wa pun gemuk gak...kikihhh.... penat melayan adik aq sorang nie.... semua nak ikt ckp die...pastu tnye ok tak.... die diam je... ishhhh wa macam nak penyepak je budak nie..... sekeh nak... arrrr geram2.... sikit2 nak merajuk nak dengar ckp die je...mentang2 lah bongsu manje lah konon...tak sedar diri dah masuk tingkatan 3 tu tahun depan<2012> apa punya budak da.... penat aq menahan sabar...dh lama aq nie cpt naik angin...die leh nak mentel2 lak....org swuh pilih x mau lah apa lah,,,, ishhh sekali aq sekeh menangis satu hari... ceh mcm power kan... memg ar power... naik sek semua baru... peh wa dulu nak beli beg pun 1/2 tahun baru dapat de.... sebab mak pun kewangan agak tergugat cikit... terpaksa lah aq sebagai kakak misali.. misali sgt... memberi beg mahal wa tu kat die... mahal tu beg aq.... 70++ beg laptop aq tu....alah beg laptop dukung belakang tu.... korang tau tak????? nanti aq uploup pic die k..... adik aq, wa ckp erm ambiklah beg tu... die senyum senang de... wa dlm hati... menyumpah2.... ni lah budak zaman sekarang... nak barang mahal je... x de beg baru, kasut baru, baju baru segala y baru lah... x mau pi sekolah... kepala otak die kan... hei tahu tak sekarang nie duit RM 10 dah x laku???? ye ke...pepandai je.... tu ibarat je.... hehhehe manje tul budak sekarang.... apa lagi eh... erm tu je lah y ari nie nye aktiviti.... esk dah nak balik kampus lak.... ha lagi satu malam tdi kemas barang nak balik nie... sekali beg x muat da..... wa pun x tau apa y wa bawak de..... poning2.... balik umah bawak beg kecik je... sekali nak balik kampus beg besar lak...hhehehehe.... klo umah nie leh angkat2 aq pun bawak je umah nie...hhahahahaha.... baguih x???? erm kpd arkitek tolong lah cipta umah y boleh angkat2... oh kene mintak kat doraemon lah...pinjam alat die... y kecik2 kan barang tu.... hehhehehe..... agak2 korang berjaya x aq nak jmpa doraemon tu.... hahhhaa...kartun tul......k lah ALLAH HAFIZ...

ha nie lah beg laptop aq.... beg hasil duit aq tu.... huaaaaahuaaaaaaaa.......
adik aq nie tgh excited nak smbul buku.... hhehehehe......
NAK TGK ADIK AQ????
ha nie lah org nye...hhehehehe....
MOHAMAD SHAHRUL NIZAM. BIN A.RAHMAN
Subscribe to:
Posts (Atom)